Duncan Lee dan Aira Azman muncul juara perseorangan lelaki dan wanita dalam Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-40 yang berlangsung di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David.
Pemain muda berusia 23 tahun, Duncan Lee, akhirnya merangkul gelaran juara kebangsaan pertamanya selepas menewaskan Sanjay Jeeva dalam aksi final perseorangan lelaki yang berlangsung sengit pada Ahad.
Duncan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila memenangi set pertama 11-9. Namun, Sanjay tidak memberi laluan mudah dan cuba bangkit di set kedua. Begitupun, Duncan bijak mengawal rentak permainan dan sekali lagi mendominasi dengan kemenangan 11-8.
Tanpa melepaskan peluang, Duncan memastikan kemenangan mutlak apabila mengulangi prestasi cemerlang dalam set ketiga, juga dengan skor 11-8, sekali gus menamatkan aksi final dengan keputusan 3-0.
Dalam kategori perseorangan wanita pula, pentas final menjadi milik pasangan adik-beradik, Aifa Azman dan Aira Azman. Pertemuan ini turut menjadi ulangan perlawanan antara juara bertahan, Aira dan kakaknya Aifa.
Aifa memulakan aksi dengan lebih baik, memenangi set pertama 11-8. Namun, Aira segera bangkit dan menyamakan kedudukan selepas memenangi set kedua 11-9. Aifa kembali mendahului pada set ketiga dengan kemenangan tipis 11-9, namun Aira tidak mudah mengalah apabila menguasai set keempat dengan keputusan 11-6.
Pertarungan sengit berlanjutan ke set penentuan. Dalam aksi yang penuh dramatik, Aira menampilkan ketenangan dan ketajaman pukulan untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 11-8, sekali gus mengekalkan gelaran juara kebangsaan.