Skip to main content

Permotoran

Ducati Lenovo mahu kemenangan bermakna di tanah kelahiran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gp.jpg
Menjelang aksi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Itali yang bakal berlangsung di Litar Muggelo hujung minggu ini, nampaknya pasukan Ducati Lenovo melakukan persiapan yang lebih berbanding biasa.

Ini sudah pastinya pasukan itu mahukan kemenangan yang lebih bermakna dalam pusingan perlumbaan yang berlangsung di tanah kelahiran Ducati itu sendiri.

Marc Marquez yang cemerlang dalam siri perlumbaan lepas di litar Aragon pula melihat bahawa litar Muggelo sejauh 5.25 kilometer itu tidak mudah untuk ditakluki seperti litar-litar yang lain.

Ditambah pula ia merupakan antara litar yang menjadi kegemaran rakan sepasukanya, Frencesco Bagnaia, yang kini sentiasa mengintai peluang untuk mencari masa terbaik menghalang kemenangan Marc Marquez.

Sudah tentu Bagnaia mahu membuktikan bahawa dia masih lagi memiliki bisanya yang tersendiri untuk memberikan mata yang bermakna untuk Ducati Lenovo.

Lebih-lebih lagi Itali adalah tempat kelahiranya yang sudah pastinya perlumbaaan itu nanti bakal dipenuhi oleh penyokong setianya di Muggelo.
 

Advertisement

Must Watch Video