MOTOGP

Ducati ikat jelmaan Marc Marquez untuk musim 2025

Stadium Astro
Kamal Nizam
19/03/2024
05:31 MYT
Sponsor Banner
Ducati ikat jelmaan Marc Marquez untuk musim 2025
Bintang Moto2, Fermin Aldeguer bakal membuat debut MotoGP pada 2025 selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Ducati Corse pada isnin.
Pada musim 2023, pelumba berumur 18 tahun itu cipta sensasi selepas merekodkan tujuh podium (empat kemenangan berturut-turut) dan Aldeguer juga berjaya duduki ranking ketiga keseluruhan dalam senarai kejuaraan.
Aldeguer juga menjadi salah satu nama yang dikatakan akan mencabar kejuaraan dunia dalam saingan Moto2 musim ini.
"Saya gembira dengan peluang yang diberi, terima kasih kepada Ducati yang beri ruang untuk saya realisasikan impian sejak kecil," kata Fermin Aldeguer.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video