Perlumbaan terhangat bakal berlangsung hujung minggu ini dengan dua wakil negara memburu kejuaraan dalam dua pertandingan berbeza.
Hakim Danish akan bersaing dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup, sementara Qabil Irfan beraksi dalam pusingan keenam Kejuaraan Espana Superbike Championship (ESBK) di Estoril, Portugal.
Menariknya, kedua-dua pelumba negara itu sedang mensasarkan pungutan mata kejuaraan. Danish kini ketinggalan 26 mata daripada pendahulu, namun masih ada 50 mata maksimum yang menjadi rebutan minggu ini.
Sementara itu, Qabil Irfan, yang kini mendahului dengan kelebihan 32 mata, dijangka menghadapi tentangan sengit daripada pencabar terdekat, Alessio Arnold dan Enzo Zaragoza.
Segalanya masih boleh berlaku. Walaupun Hakim Danish ketinggalan 26 mata di belakang pendahulu, Brian Uriarte, ia tidak menjadi penghalang untuknya kembali merebut kedudukan tersebut.
Selepas menjalani latihan intensif selama tiga minggu di Sepang, Danish tampil dengan semangat baharu untuk memburu kemenangan.
Pusingan akhir ini dijangka berlangsung sengit kerana ia akan menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025, dan peluang masih terbuka buat Hakim Danish.