Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) akan menstrukturkan semula program latihan mereka apabila bakal menyerap masuk jurulatih kebangsaan baru dari China, Mac depan.
Sebelum ini, TTAM memanggil jurulatih berpengalaman, Mu Tong, bagi membantu mengemudi skuad negara untuk menghadapi Sukan SEA 2019.
Walaupun skuad negara melepasi sasaran badan induk itu dalam temasya dwitahunan tersebut, khidmat Mu Tong tetap akan ditamatkan Khamis depan.
TTAM menjelaskan mereka sedang berunding dengan dua jurulatih baru dari China untuk mengendalikan program latihan skuad negara di samping program latihan akar umbi.
"Kami sedang mempertimbangkan dua calon yang merupakan jurulatih handalan.
"Mereka pernah melatih beberapa negara di Eropah dan Asia.
"Mereka memiliki pengalaman luas," kata Naib Presiden TTAM, Chin Kuen Liang, yang menambah mereka akan menstrukturkan dan menambah baik beberapa aspek lain dalam program latihan menerusi bantuan jurulatih baru berkenaan kelak.
"Kami mempunyai dua misi, iaitu mengendalikan pasukan senior sambil membuat perancangan bagi pembangunan ping pong di negara ini dengan menerapkan latihan dan pemakanan yang betul," tambahnya.
Editor: Shaiful Shamsudin