Skip to main content

Tenis

Drama Lorenzo Musetti-penonton China berterusan di Shanghai Masters

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mussetti.jpg
Lorenzo Musetti nampaknya belum dapat rehat daripada drama — kali ini di Shanghai Masters, apabila pemain Itali itu sekali lagi kehilangan sabar terhadap penonton.

Dalam perlawanan menentang Félix Auger-Aliassime, Musetti dilihat beberapa kali meminta pegawai kerusi supaya menegur penonton yang katanya “tak henti-henti batuk” sepanjang permainan. Pada satu ketika, suasana jadi makin pelik apabila ada penonton yang sempat ‘pop’ sebotol champagne di tengah-tengah aksi. 

Bagi Musetti, semua bunyi dan gangguan kecil itu cukup untuk membuat fokusnya terganggu. Kamera sempat menangkap wajahnya yang tegang sambil mengadu, “Please say something to them.” Reaksi itu cepat jadi bualan di media sosial, bukan sahaja sebab dia kalah straight sets, tapi kerana ramai mula teringat — eh, bukankah dia baru je buat hal di China Open minggu lepas? 

Ya, betul. Di China Open, Musetti juga mencetuskan kontroversi apabila mengeluh tentang penonton yang “batuk setiap tiga saat.” Malangnya, kata-kata itu disalah tafsir dan mungkin juga diluahkan terlalu kasar bila dia dikatakan mengaitkan komen itu dengan bangsa tertentu. Isu itu pantas dianggap sebagai kenyataan berbaur perkauman, dan Musetti akhirnya tampil memohon maaf, menjelaskan bahawa dia hanya bercakap dalam keadaan emosi dan merujuk kepada beberapa individu — bukan rakyat China secara keseluruhan. 

Namun nampaknya, kisah itu belum tamat. Episod di Shanghai ini seakan “deja vu”, menunjukkan bagaimana sedikit gangguan boleh mencetuskan reaksi besar, terutamanya bila pemain itu sudah berada di bawah tekanan dan dalam radar media. Apa pun, Musetti kekal sebagai antara bakat muda yang menarik untuk diperhatikan — bukan sahaja kerana pukulan backhand-nya yang tajam, tapi juga kerana emosinya yang kadang-kadang… lebih menarik daripada permainan itu sendiri.
 
Tennis

Prestasi Dengan Gaya

Adidas Tennis Polo Shirt direka dengan fabrik ringan & bernafas untuk keselesaan maksimum setiap pergerakan.


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video