Atlet dan jurulatih kecergasan kelahiran Kuala Lipis, Dr Jey Prabakaran, baru-baru ini mencipta hatrik rekod kebangsaan sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Pahang baru-baru ini meskipun sedang berdepan kecederaan belakang.
Jey mencatat dua rekod baharu bagi bilangan 'most leg extensions and squats' iaitu 3,000 ulangan dalam tempoh dua jam.
Keesokannya, Jey sekali lagi mencipta sejarah dengan 3,000 'jumping jacks' dalam masa tiga jam.
"Seminggu sebelum percubaan mengatasi rekod Malaysia, saya mengalami kecederaan.
"Tapi teruskan dengan semangat dan disiplin yang kuat.
"Saya amat bangga dapat bawa nama Pahang dan Malaysia ke peringkat kebangsaan," katanya.
Ketiga-tiga rekod tersebut disahkan secara rasmi oleh wakil Malaysia Book of Records.
Untuk rekod, Jey merupakan tiga kali juara Mr Pahang, Mr Selangor, serta pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma), sekali gus membuktikan semangat dan dedikasi luar biasanya dalam dunia kecergasan.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang