TENIS
Djokovic suruh penyokong Britain 'diam' pada aksi Piala Davis 2023
Novak Djokovic memberitahu penyokong British untuk 'senyap' selepas membantu Serbia dengan kemenangan 2-0 pada aksi suku akhir Piala Davis yang berlangsung di Malaga.
Pemain no. 1 dunia mempamerkan kesombongan di hadapan sorakan 5000 penyokong British dengan melakukan adegan menutup telinga dan menghembuskan signal ciuman pada penghujung set pertama dengan kejayaan membenam Cameron Norrie 6-4 6-4.
Semasa sesi temuramah disertai paluan gendang penyokong Britain, Djokovic memberitahu penyokong supaya menghormati pemain dan mempamerkan sikap terpuji.
Iklan
" Anda harus belajar menghormati pemain ketika berada di dalam gelanggang. Tolong diam dan senyap ya," ujarnya ketika membidas sikap biadab penyokong Britain pada aksi Piala Davis.
Ia juga menyaksikan rekod mengecewakan buat pasukan Britain, apabila tumbang 7-6 (2) 7-6 (6) kepada Miomir Kecmanovic pada aksi yang sepatutnya perlu dimenangi mereka.
Must-Watch Video