Novak Djokovic akan menyertai Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo bulan depan selepas status vaksinasi menghalangnya daripada beraksi di Indian Wells.
Pemain nombor dua dunia itu terpaksa melupakan aksi Masters ATP pertama tahun ini gara-gara tidak memenuhi syarat vaksinasi untuk memasuki Amerika Syarikat (AS) selepas turut dihalau daripada Australia menjelang Kejohanan Terbuka Australia pada Januari lalu atas sebab sama.
Kini, laman web rasmi pemenang 20 gelaran grand slam itu mengesahkan bahawa dia akan beraksi dalam kejohanan tanah liat di Monaco itu, di mana tempat pemain berusia 34 tahun itu menetap.
Monaco membenarkan sesiapa yang pulih daripada COVID-19 dalam tempoh enam bulan terakhir untuk memasuki ibu kota negara itu dan Djokovic mendakwa dia telah dijangkiti virus berkenaan pada Disember lalu.
"Novak akan beraksi dalam kejohanan tanah liat 2022 di Monte Carlo di mana dia pernah memenangi gelaran Masters 1000 itu sebanyak dua kali pada 2013 dan 2015," kata kenyataan itu