Khabar duka buat bekas Juara Wanita Raw dan NXT, Bayley apabila WWE mengesahkan yang bintang berusia 28 tahun ini terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di acara Summerslam kerana mengalami kecederaan bahu.
Kecederaan yang berlaku di acara Raw minggu lalu terjadi ketika perlawanan antara Bayley dengan Nia Jax, di mana pasca tamat perlawanan, bahu kanan bintang kelahiran California ini terpaksa dibalut kerana disyaki telah tercedera. Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, ternyata tulang bahu gadis manis ini telah beralih dan perlu menjalani rawatan segera.
Situasi ini pastinya akan membantutkan hasrat Bayley untuk merampas kembali Kejuaraan Wanita Raw daripada penyandang juara, Alexa Bliss di acara Summerslam pada 21 Ogos depan. Justeru, Bayley akan muncul di acara Raw hari ini bagi memberikan penjelasan lanjut tentang status dirinya dan pencabar baharu akan dinamakan minggu ini di acara yang sama.
Pengurus Am Raw, Kurt Angle mengumumkan yang dua perlawanan tiga penjuru akan mengambil tempat minggu ini di mana pemenang bagi kedua perlawanan ini akan bertemu di acara Raw minggu hadapan dan akan menjadi pencabar utama kepada Bliss di Summerslam.
Tidak mustahil, sahabat baik Bayley Sasha Banks akan mendapat manfaat daripada kecederaan sekutunya itu kerana beliau dilihat paling layak untuk mengisi kelompongan yang ditinggalkan Bayley.
Namun jika ditanya pendapat penulis, Nia Jax adalah pilihan yang lebih tepat kerana Alexa sering berselindung di sebaliknya untuk mempertahankan dirinya. Meletakkan sepupu kepada lagenda The Rock ini untuk menjadi pencabar utama pasti akan menguji keupayaan sebenar Bliss. Tambahan pula, sudah tiba masanya untuk Nia bergelar juara setelah hampir setahun berada di jenama Raw.

Badi kecederaan juga berjangkit semula kepada pasukan The Revival. Setelah Dash Wilder mengalami kecederaan rahang April lalu, kini pasangannya Scott Dawson pula terpalit dengan kecederaan tendon di lengan kanan.

"Kecederaan Dawson melibatkan kekoyakan di bahagian tendon otot bisep kanan. Beliau akan diperiksa lanjut oleh pakar bedah minggu ini dan kelihatan yang pembedahan terpaksa dilakukan untuk memulihkan kecederaan ini,” ujar Pegawai Perubatan Senior WWE, Dr. Chriss Amann kepada WWE.com.
Berikut merupakan komen daripada Dash Wilder yang mengulas tentang kecederaan pasangannya itu:
Jika Dawson terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ini, pasukan The Revival juga nampaknya terpaksa menangguhkan dahulu pertemuan mereka dengan pasukan The Hardy Boyz yang telah direncanakan di acara Summerslam kelak. Sayang sekali, The Revival pada hemat penulis adalah sebuah pasukan regu hebat yang mempunyai prospek yang cerah untuk bergelar juara tidak lama lagi. Namun kecederaan yang silih berganti ini pastinya akan memperlahankan momentum yang dibawa mereka dari NXT.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan semua acara pay per view setiap bulan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

EXCLUSIVE: @MikeRomeWWE provides an update on @itsBayleyWWE's latest shoulder evaluation & explains how the result impacts #SummerSlam. #RAW pic.twitter.com/UnP8TckXK0
— WWE (@WWE) August 7, 2017
Tidak mustahil, sahabat baik Bayley Sasha Banks akan mendapat manfaat daripada kecederaan sekutunya itu kerana beliau dilihat paling layak untuk mengisi kelompongan yang ditinggalkan Bayley.
Namun jika ditanya pendapat penulis, Nia Jax adalah pilihan yang lebih tepat kerana Alexa sering berselindung di sebaliknya untuk mempertahankan dirinya. Meletakkan sepupu kepada lagenda The Rock ini untuk menjadi pencabar utama pasti akan menguji keupayaan sebenar Bliss. Tambahan pula, sudah tiba masanya untuk Nia bergelar juara setelah hampir setahun berada di jenama Raw.

Badi kecederaan juga berjangkit semula kepada pasukan The Revival. Setelah Dash Wilder mengalami kecederaan rahang April lalu, kini pasangannya Scott Dawson pula terpalit dengan kecederaan tendon di lengan kanan.

"Kecederaan Dawson melibatkan kekoyakan di bahagian tendon otot bisep kanan. Beliau akan diperiksa lanjut oleh pakar bedah minggu ini dan kelihatan yang pembedahan terpaksa dilakukan untuk memulihkan kecederaan ini,” ujar Pegawai Perubatan Senior WWE, Dr. Chriss Amann kepada WWE.com.
Berikut merupakan komen daripada Dash Wilder yang mengulas tentang kecederaan pasangannya itu:
One arm. Broken jaw. Doesn't matter. We're still the best tag team walking the planet. You can delay us, but you can't stop us.
— Dash (@DashWilderWWE) August 7, 2017