Skip to main content

Hoki

Dia adalah pengganti terbaik -- Bekas jurulatih skuad hoki remaja negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vicky.jpg
Usai tidak dipilih menerajui kem muda negara, Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), I. Vickneswaran, menaruh kepercayaan penuh kepada ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini, untuk melaksanakan tugas penting demi negara.

"Dia (Nor Saiful Zaini) adalah pengganti yang wajar dan seorang yang berpengalaman kerana pernah mengendalikan pasukan senior kebangsaan selain pernah jadi kapten semasa bergelar pemain.

Vickneswaran berkata, Saiful perlu mengambil kira tingkah utama dalam membangunkan skuad terbaik menjelang Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Antara langkah yang boleh diambil termasuk pemilihan pemain berbakat, penekanan terhadap asas permainan yang kuat serta persiapan fizikal dan mental yang rapi untuk bersaing di peringkat dunia.

"Apa yang paling penting ialah persediaan mental. 

"Sekarang waktu terhad, tetapi tidak boleh menjadi alasan.

"Seharusnya kena fikir apa yang boleh dibuat. 

"Keupayaan fizikal juga faktor utama, selain corak permainan," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Must Watch Video