Skip to main content

Sukan

Dhuha Zulfikry terima anugerah tertinggi MSSM, Dania Sofea cemerlang SPM serta sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhuha.jpg
Milo meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) mengiktiraf ahli sukan elit di kalangan pelajar.

Anugerah KPM MSSM sudah bermula berdekad lamanya dan bertujuan untuk mengangkat dan apresiasi pencaiapan serta kecemerlangan atlet muda terbaik negara.

Para pemenang dipilih berdasarkan pencapaian terutamanya dalam kejohanan MSSM dan peringkat antarabangsa.

Pemenang anugerah utama, anugerah putera menjadi milik Michael Phelps Malaysia, Muhammad Dhuha Zulfikry, ekoran pencapaian luar biasanya dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak dengan meraih enam pingat emas, dua perak dan lebih manis memecahkan empat rekod kejohana.

Dhuha yang baru berusia 17 tahun mengikuti jejak langkah atlet terkemuka negara yang pernah merangkul gelaran tersebut antaranya Muhammad Azeem Fahmi.

 

"Selepas ini, saya memasang impian untuk memecahkan rekod dalam acara renang jarak jauh pula.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan, guru dan jurulatih yang sudah menyokong sejak kecil.

"Tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini.

"Ini adalah salah satu anugerah tertinggi yang pernah saya terima," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, kejayaan pemain badminton dari Johor yang turut cemerlang dalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), Dania Sofea Zaidi, menjadi contoh terbaik, sukan merupakan medium terbaik mencapai kecemerlangan dari atas gelanggang ke dalam bilik darjah sekolah.

Dania Sofea bijak mengimbangi latihan dan akademik dengan disiplin yang terpuji sambil melihat kedua dua aspek tersebut sebagai 'perlawanan penting' yang harus dimenanginya.

Segalanya bertunjangkan didikan ibu bapanya yang menjadi tulang belakang kecemerlangannya sepanjang tahun 2024.

"Bagi seorang atlet, rehat memang tidak cukup. 

"Saya harap dengan anugerah ini, saya dapat menjadi atlet lebih baik pada masa akan datang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisement

Must Watch Video