SUKAN LAIN

Dhabitah dipilih gandingan Pandelela

Penulis Jemputan 25/01/2019 | 06:35 MYT
Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri, dipilih sebagai gandingan baru Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama menjelang Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun, Mac depan.
Pemilihan itu dibuat berdasarkan faktor pengalaman yang dimiliki penerjun muda itu.
Dhabitah sebelum ini pernah bergandingan dengan Leong Mun Yee menerusi acara yang sama dalam Sukan Komanwel Gold Coast, tahun lalu.
"Ia cabaran yang sukar, namun saya yakin untuk melaluinya memandangkan kami pernah bergandingan sebelum ini.
"Kami mempunyai komunikasi dan keserasian yang baik setakat ini.
"Ia faktor penting memandangkan komunikasi yang baik dapat menjamin prestasi yang baik," kata Dhabitah.
Gandingan asal Pandelela, Cheong Jun Hoong, masih belum pulih daripada kecederaan lutut yang menimpanya tahun lalu.
Jun Hoong dijangka pulih sepenuhnya pada Mac depan, namun dia perlu mendapatkan kembali prestasi terbaik sebelum boleh mewakili negara.
"Dhabitah penerjun yang baik dengan prestasi yang memberangsangkan.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan bersamanya memandangkan kami mempunyai rentak terjunan yang hampir sama," kata Pandelela.
;