Skip to main content

Hoki

Dhaarma tidak sabar lihat The Malaysian Hockey Tigress cipta sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-wanita5c7bbc0a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, tidak sabar untuk mencipta sejarah baru bersama skuadnya dengan syarat Itali perlu ditumbangkan malam ini.

Hari penentuan buat skuad wanita negara akhirnya tiba -- pasukan yang mahu dielak daripada ditemui dalam separuh akhir, iaitu Itali, terpaksa dihadapi Dhaarma dan anak buahnya berbekalkan kekuatan selaku pasukan tuan rumah walaupun hakikatnya mereka turun selaku ‘underdog’.

Tegas Dhaarma, ini adalah satu-satunya peluang buat anak buahnya mencipta sejarah baru dengan menegaskan sasaran utama adalah melangkah ke separuh akhir Liga Hoki Dunia nanti.

"Setiap pasukan tidak menjangkakan kami akan mara ke final apabila berdepan Itali, kami akan memberikan yang terbaik di laman sendiri untuk membuktikan sebaliknya," katanya.

Dhaarma tidak mahu usaha mereka sejak setahun lalu dinafikan Itali ketika mendedahkan hasratnya untuk mara ke final sebelum kempen saingan bermula lagi.

Menyedari Itali sebagai pasukan pilihan, Dhaarma tidak mahu anak buahnya gentar sehingga mengganggu kelancaran perancangan serta taktikalnya.

"Saya amat mengagumi kesungguhan skuad kendalian saya, mereka telah memberikan yang terbaik ketika membuat persiapan untuk menghadapi saingan ini dan saya pasti mereka mampu melakar sesuatu dalam perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video