Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, mengakui sukar untuk pasukannya melayakkan diri ke pentas Piala Dunia tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.
Malaysia menuju ke peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium dengan membawa status pasukan bukan pilihan, namun Dhaarma menegaskan pertemuan menentang Sepanyol dan Belgium adalah sasarannya dalam usaha meraih keputusan yang positif.
“Menentang Australia dan New Zealand, saya hanya mengharapkan agar kami tidak tewas dengan jaringan yang besar.
“Saya hanya mahu fokus pada pertemuan menentang Sepanyol dan Belgium kerana saya tiada pilihan lain,” ujarnya.
Dhaarma kini telah memilih senarai 18 pemain yang akan dibawa ke Brussels.
Dhaarma juga menyatakan dia menerima hakikat jurang yang besar di antara pasukan negara berbanding skuad lain, terutamanya Australia, namun dia tidak mahu menyerah kalah.
“Setiap hari saya memikirkan hanya ada satu peluang untuk skuad wanita negara dan mungkin ini masanya,” katanya.