Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, runsing memikirkan empat pemain yang akan digugurkan daripada skuad separuh akhir Liga Dunia apabila senarai 18 pemain diumumkan Jumaat ini.
Kebimbangan Dhaarma terarah kepada keputusan drastik anak buahnya andai mereka gagal menempatkan diri dalam senarai akhir 18 pemain yang akan ke Belgium.
Ini merupakan pencapaian terbaik skuad wanita setakat ini dan sudah pasti setiap pemain tidak mahu melepaskan peluang tersenarai dalam skuad 18 terbaik.
"Kepada pemain-pemain yang tidak dapat beraksi di Belgium, diminta jangan membuat keputusan yang tidak rasional sehingga memilih untuk bersara dan cuba berusaha dengan lebih baik untuk berasi di masa akan datang,"
Pengumuman akan dibuat oleh Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, Jumaat ini.
Sementara itu, keputusan seri 2-2 membabitkan Belgium dan Itali dalam aksi persahabatan hari ini sekurang-kurangnya melegakan Dhaarma.
"Saya mengikuti perkembangan Itali dan Belgium dan memberitahu sebarang maklumat kepada pemain-pemain saya. Ia sekaligus memberikan semangat kepada mereka untuk mencipta kejutan."
Bayangan untuk merealisasikan sekurang-kurangnya satu kemenangan dalam saingan separuh akhir Liga Dunia bukan mustahil dan sejarah baru hoki wanita bakal terlakar di bumi Belgium.