Skip to main content

Hoki

Dhaarma Raj, Sarjit Singh antara empat disenarai pendek KHM calon ketua jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhaarma-raj.jpg
Bekas pengendali negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan Sarjit Singh, mengetuai empat calon dalam senarai akhir Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsan.

Ini bermakna Arul Selvaraj sah tidak akan mempertahankan jawatan itu selepas Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris pada Ogos depan.

Difahamkan, ketua jurulatih yang akan dilantik hujung bulan ini bakal diberikan kontrak dua tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi

Selain Dhaarma Raj dan Sarjit, dua lagi calon akhir berkenaan ialah jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Brendon Carolan, dan bekas penyerang Australia, Glenn Turner.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM, Datuk Majid Manjit Abdullah, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Secara keseluruhan kami memiliki 23 pemohon.

"18 dari luar negara dan lima jurulatih tempatan.

"Empat yang kami senarai pendek ialah Sarjit Singh dari Malaysia, Dhaarma Raj juga Malaysia manakala dua jurulatih luar yang kami senarai pendek ialah Brendan Carolan dan seorang warga Asutralia, Glen Turner."

 

Advertisement

Must Watch Video