Skip to main content

E-Sukan

Destiny Diiktiraf Untuk eSukan Oleh ESL – Peraturan Juga Diumumkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

destiny-2-expansion-768x353.jpg

Destiny akan mempunyai acara perlawanan kompetitif julung kalinya oleh ESL selepas ian diiktiraf sebagai salah satu permainan video untuk eSukan. Ini terjadi kerana fungsi private match ditambah melalui Expansion Rise of Iron yang telah dilancarkan pada 20 September lalu.

Kerana sistem RNG (Random Number Generator) yang agak ketara kepada pemain di Destiny, maka ESL mengumumkan beberapa peraturan terhadap perlawanannya yang pertama.

Perlawanan akan melalui pelbagai match mode, seperti Clash, Zone Control dan Supremacy untuk pusingan kalah mati buat peserta. ESL juga menukar konsep Fireteam daripada 3 lawan 3 kepada 4 lawan 4 untuk kesesuaian di dalam konsep eSukan.

Advertisement

ESL juga menyekat pemain daripada memakai subclasses yang serupa dari pasukan yang sama. Perisai eksotik tidak dibenarkan sama sekali manakala kebanyakan senjata eksotik dibenarkan.

Berikut adalah senarai senjata eksotik yang tidak boleh dipakai:

  • Hawkmoon
  • No Land Beyond
  • Universal Remote
  • Invective
  • Ice Breaker
  • Queenbreaker’s Bow

Untuk maklumat penuh mengenai acara eSukan ini dan peraturan ESL, layari pautan ini.

[Asia's leading gaming websites, providing you scoops in both Malay and English - GamerMalaya.my.]

Topik Berkaitan

Must Watch Video