Skip to main content

Tenis

Del Potro akui kehebatan Murray

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

del-potro-040617.jpg
Pemain Argentina, Juan martin del Potro, sedar bahawa teknik pukulan kilas adalah perkara paling utama untuk diperbetulkan selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Andy Murray, dalam aksi pusingan ketiga kejohanan Terbuka Perancis, semalam.

Del Potro bermain dalam kejohanan Terbuka Perancis yang pertama untuknya selepas mengalami episod kecederaan pergelangan tangan yang panjang.

Dia berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, namun kesilapan yang berulang walaupun mendahului empat mata ketika pembukaan menyebabkan pemain berusia 28 tahun itu menelan kekalahan.

Biarpun mendahului di awal permainan, Del Potro tewas 7-6 (10-8) 7-5 6-0.
“Apabila anda bertemu pemain terbaik, anda tidak boleh melepaskan peluang yang ada kerana pastinya ia tidak datang selalu,” kata Del Potro.

“Selain itu, saya harus memperbetulkan teknik pukulan kilas kerana pasti ramai telah menyedarinya termasuk Andy dan dia menggunakan kesempatan itu dengan bijak.

“Dia memaksa saya bermain dengan teknik itu dan akhirnya memberikan mata buatnya,” ujar Del Potro.

Dalam perlawanan pusingan keempat, Murray bakal bertemu pemenang perlawanan antara John Isner atau pemain muda dari Rusia, Karen Khachanov.
 

Advertisement

Must Watch Video