Atlet pekak negara, Azlan Kuste, sedang giat mempersiapkan diri menjelang saingan Deaflympics Tokyo 2025 yang dijadualkan berlangsung bermula 15 hingga 26 November ini.
Azlan bakal tiba lebih awal di Tokyo bagi menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sebagai langkah strategik menjelang aksi sebenar.
Dia akan berentap dalam acara 1500M (meter), 800m, dan 4×400m lari berganti dengan misi
mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Olimpik saingan pekak dunia itu.
"Kami telah tiba di Jepun untuk memulakan latihan awal selama dua minggua selain mengadaptasi dengan cuaca bagi persediaan ke Deaflympics nanti," katanya.
Dalam masa sama, tumpuan juga terarah kepada raja pecut pekak Asia Tenggara, Mohamad Zamir, yang sebelum ini menjuarai acara 100m di Sukan SEA Pekak Jakarta 2025 dengan catatan masa 11.06 saat.
Zamir melaunglkan keyakinan untuk mengulangi kejayaan itu bagi memastikan namanya terpahat di pentas dunia walaupun sedar cabaran sukar menanti.
"Saya telah tiba awal bagi persiapan dengan cuaca, saya berharap dapat bersaing dengan atlet lain kerana banyak negara akan memberikan saingan sengit nanti."tambahnya.