Skip to main content

Sukan Lain

Deaflympics: Atlet cemerlang Sarawak bakal terima durian runtuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fatimah-abdullah-sarawak.jpg
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata atlet Sarawak yang mendapat pingat dalam Sukan Deaflympics di Tokyo, Jepun bulan depan, akan berada dalam pertimbangan untuk mendapat durian runtuh daripada kerajaan negeri itu.

Ia selepas perbincangan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, yang ingin melihat kapasiti atlet Sarawak diangkat ke tahap lebih tinggi.

Tambahnya, tiga atlet dari sukan tenpin boling yang dibawa Sarawak dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ketika ini, akan dijadikan sandaran menuju ke Deaflympics bulan depan.

"Kami melihat daripada segi prestasi atlet kami yang sedia ada -- sebenarnya ada yang sudah diputuskan akan mewakili Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Yang selalu kami tegaskan berkenaan sukan kelainan upaya ini, kita perlu melihat bahawa ini merupakan satu peluang dan ruang yang kita perlu berikan dalam semangat keterangkuman.

"Dan sekiranya mencapai prestasi tinggi sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pengiktirafan perlu diberikan."

 

Advertisement

Must Watch Video