Skip to main content

Sukan

Deaflympics: Anggun jelita pembawa Jalur Gemilang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zutong.jpg
Pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara dalam Deaflympics 2025, Foo Zu Tung, memberi gambaran warna merah jambu dan biru merupakan perisai ketenangan, namun tetap memilik keghairahan meraih emas dalam temasya kali ini di Tokyo, Jepun. 

Antara pemenang pingat edisi 2022 di Brazil, dia tetap optimis membawa inspirasi sakura mempertahan gelaran emas dalam kategori beregu wanita edisi lalu.

Dengan diberi mandat selaku pembawa bendera Malaysia, ia menambahkan lagi keyakinan Zu Tung menjulang nama negara di pentas tertinggi dunia.

"Saya sangat gembira, dan berbangga kerana dipilih sebagai pembawa bendera pada hari penuh bersejarah ini. 

 

"Dalam perbarisan, sebanyak 81 negara lain juga terlibat.

"Saya sangat suka dengan pakaian ini memberi imej negara Malaysia," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video