Pemain Ukraine, Dayana Yastremsko, mara ke pusingan kedua tenis Wimbledon selepas menundukkan juara terbuka Perancis, Coco Gauff, di pusingan pertama (7-6, 6-1) awal pagi tadi.
Selepas beberapa pemain pilihan telah ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama, kini giliran Gauff pula selepas tampak sukar untuk memenangi perlawanan tersebut dengan dominasi penuh gelanggang oleh Dayana.
"Ini merupakan perlawanan yang epik bagi saya, dengan keadaan cuaca yang sangat panas.
"Bermain bersama Gauff adalah satu perkara istimewa buat saya, kami bermain tiga kali sebelum ini dan semuanya berpihak Gauff, dia seorang pemain yang hebat dan cukup berpengalaman.
"Gelanggang ini dibuat untuk pemain yang terbaik, saya sangat gembira kerana menjadi pemain terbaik dan terima kasih ke atas semua sokongan yang diberikan" kata Dayana.
Selepas ini, Anastasia Zakharova akan menjadi lawan Yastremsko pada pusingan kedua.