Rizal Tisin merupakan salah seorang daripada ramai bekas atlet negara yang berkebolehan membuat ulasan dalam sukan yang dikuasainya.
Wow berbakat ye Rizal Tisin dalam bidang ulasan... Semoga maju jaya !!! @ASTROARENA pic.twitter.com/R97vSHjyb7
— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 21, 2024
Jom kita lihat senarai beberapa orang atlet yang meneruskan kerjaya sebagai pengulas selepas bersara daripada dunia sukan!
1. Jamie Carragher - Carragher merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan England yang pernah menyarung jersi Liverpool sebagai pemain pertahanan. Kini, Carragher meneruskan khidmatnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengulas. Ulasannya kerap mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat bola sepak, dan pernah juga menimbulkan kemarahan seorang lagi bekas pemain EPL yang kini turut bertugas sebagai pengulas.
2. Rio Ferdinand - Pengulas yang pernah “mengecam” Jamie Carragher adalah Rio Ferdinand. Ferdinand pernah menggalas tugas bersama Carragher ketika menyarung jersi kebangsaan England dan kini mempunyai rancangan bola sepaknya sendiri, “Rio Presents”. Ingatkan perseteruan mereka ketika bergelar pemain Liverpool dan Manchester United sahaja, rupanya berteruskan hingga kini!
3. Datuk Zainal Abidin Hassan - Bagi semua peminat bola sepak negara, pasti kerap melihat Datuk Zainal Abidin Hassan di kaca televisyen Astro Arena memberikan pandangannya berkenaan Liga Malaysia ataupun persembahan pasukan kebangsaan. Datuk Zainal terkenal pada era 80-an dan 90-an sebagai pemain Selangor dan Pahang, dan memikul tanggungjawab selaku pemain kebangsaan dari tahun 1980 hingga 1997. Sebelum bergelar pengulas ataupun pundit di Astro Arena, Datuk Zainal juga mempunyai kerjaya selaku ketua jurulatih yang cukup prolifik.
"Dalam bolasepak, kecantikan itu tidak membawa kejayaan" - Dato' Zainal Abidin Hassan#PestaBolaMerdeka2024 pic.twitter.com/5ac2XcahJ4
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 8, 2024
4. Roslin Hashim - Bekas pemain badminton nombor satu dunia ini juga kerap muncul di media dalam memberi komen tentang persembahan pemain badminton negara, dan juga diberi kepercayaan dalam membuat ulasan beberapa perlawanan penting. Gelaran juara terakhir legenda badminton negara ini adalah pada 2007, ketika itu menewaskan wakil Indonesia Andrea Kurniawan Tedjono di Terbuka Vietnam dalam aksi rubber set.
"Ini yang terbaik"
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 14, 2024
Roslin Hashim berharap pasukan Malaysia akan mengekalkan kejuaraan tahun ini!#KitaSelangor #SELBATC2024 #BadmintonAsia #BadmintonMalaysia #KitaSelangorMajuBersama #MSNSelangor #MSNS #GenerasiMasaDepanSelangor #RSMSport pic.twitter.com/G8vhHCiXRy
5. Sharon Wee - Siapa tidak kenal Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara yang juga kini merupakan pengulas sukan. Kefasihan anak jati Melaka ini dalam berbahasa Melayu memberikan kelebihan kepada dirinya untuk terus memberikan sumbangan dalam dunia sukan selepas bersara, dan pihak media kerap kali bertanya pandangannya berkenaan persiapan pasukan kebangsaan skuasy menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Final skuasy berpasukan wanita MAS vs HK
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) September 30, 2023
Dulu dia hadiahkan emas untuk ??
Now dia mengulas utk ??
Yg terbaik hanya utk ??
???@wee_sharon #DemiMalaysia@ASTROARENA pic.twitter.com/1fVLZabp7I