Skip to main content

Sukan Lain

Dari Pantai California ke SEA Games Thailand, Tasha Mae kembali sarung jersi Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tasha-mae.jpg
Kalau anda pernah nampak seorang gadis Malaysia hitam manis yang selalu berkongsi kisah nya sebagai seorang atlit bola tampar pantai dengan penuh gaya di Instagram sambil bercerita tentang kehidupannya di luar negara, itu lah dia Tasha Mae atau lebih dikenali ramai sebagai Tashmae.

Kini menetap di California State University, Northridge (CSUN), Tasha menjalani kehidupan sebagai atlet dan pelajar di Amerika Syarikat. Di sana, dia berlatih dan bersaing dalam liga NCAA Beach Volleyball, salah satu saingan universiti paling kompetitif. Walaupun menjalani rutin harian yang berbeza di luar negara, semangatnya sebagai anak Malaysia tetap sebati dalam diri seperti yang dapat dilihat dalam setiap posting yang dimuat naik. 

Baru baru ini beberapa video nya tular, apabila Tasha sering berkongsi kisah tentang identiti dan penerimaan diri di US. Dia bercerita bagaimana orang luar sering terkejut bila tahu dia sebenarnya berasal dari Malaysia. Malah, selepas salah satu videonya mendapat perhatian besar di media sosial, Konsulat Malaysia di Los Angeles menjemput Tasha untuk bertemu dan berkongsi kisahnya sebagai atlet muda yang mengharumkan nama negara di perantauan. https://www.instagram.com/reel/DOOR99RERI9/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Dan kini, selepas enam tahun, Tasha akhirnya akan menyambung semula perjalanan bersama skuad Malaysia di SEA Games Thailand 2025. Kali terakhir dia menyarung jersi kebangsaan ialah di SEA Games Filipina 2019, dan kali ini dia akan kembali dengan pengalaman yang jauh lebih besar dengan segala perlawanan dan latihan yang dilakukan CSUN kini menjadi persiapan terbaik untuk dibawa ke pentas Asia tenggara.
 
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video