Bekas Juara Dunia sebanyak empat kali, Daniel Bryan akhirnya mendapat lampu hijau untuk kembali beraksi dalam gelanggang oleh para pegawai perubatan WWE.
Pengumuman menggembirakan ini telah dibuat oleh laman sesawang rasmi WWE.com dan turut dikongsi oleh Bryan sendiri di laman Twitternya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang adalah salah satu saat yang paling berat dalam hidup saya.
Namun hasil sokongan tidak berbelah bahagi oleh insan-insan hebat yang sentiasa menyokong, saya berjaya bangkit semula untuk mengecap impian saya.
“Saat ini begitu mengujakan dan akan saya perhalusi tentang perkembalian ini di acara Smackdown Live minggu ini,” tulisnya.
Barisan doktor bebas yang dilantik WWE untuk membuat penilaian terhadap Bryan sepakat memberikan keizinan untuk bintang berusia 36 tahun kembali bergusti setelah hampir dua tahun di dalam pemantauan yang rapi.
Bryan sebelum ini terpaksa direhatkan akibat didiagnos mengalami sindrom post-concussion yang serius. Situasi ini menyebabkan beliau dengan berat hati terpaksa mengumumkan persaraannya pada 9 Februari 2016, di kala namanya sedang berada di puncak kegemilangan.
Kini menggalas tugas sebagai Pengurus Besar Smackdown Live, pengumuman terkini ini sudah tentu amat mengujakan para peminat pencipta Yes! Movement ini kerana berpeluang untuk menyaksikan kembali aksi hebat Daniel Bryan.
Dengan tarikh acara Wrestlemania yang hanya berbaki kurang tiga minggu dari sekarang, sudah tentu ramai yang membayangkan yang Bryan akan menyertai temasya gilang-gemilang itu dan bertemu bintang WWE lain dalam menyajikan perlawanan epik yang akan menjadi buah mulut WWE Universe.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara WWE Wrestlemania dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro dan Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Pengumuman menggembirakan ini telah dibuat oleh laman sesawang rasmi WWE.com dan turut dikongsi oleh Bryan sendiri di laman Twitternya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang adalah salah satu saat yang paling berat dalam hidup saya.
Namun hasil sokongan tidak berbelah bahagi oleh insan-insan hebat yang sentiasa menyokong, saya berjaya bangkit semula untuk mengecap impian saya.
“Saat ini begitu mengujakan dan akan saya perhalusi tentang perkembalian ini di acara Smackdown Live minggu ini,” tulisnya.
Barisan doktor bebas yang dilantik WWE untuk membuat penilaian terhadap Bryan sepakat memberikan keizinan untuk bintang berusia 36 tahun kembali bergusti setelah hampir dua tahun di dalam pemantauan yang rapi.
Bryan sebelum ini terpaksa direhatkan akibat didiagnos mengalami sindrom post-concussion yang serius. Situasi ini menyebabkan beliau dengan berat hati terpaksa mengumumkan persaraannya pada 9 Februari 2016, di kala namanya sedang berada di puncak kegemilangan.
Kini menggalas tugas sebagai Pengurus Besar Smackdown Live, pengumuman terkini ini sudah tentu amat mengujakan para peminat pencipta Yes! Movement ini kerana berpeluang untuk menyaksikan kembali aksi hebat Daniel Bryan.
Dengan tarikh acara Wrestlemania yang hanya berbaki kurang tiga minggu dari sekarang, sudah tentu ramai yang membayangkan yang Bryan akan menyertai temasya gilang-gemilang itu dan bertemu bintang WWE lain dalam menyajikan perlawanan epik yang akan menjadi buah mulut WWE Universe.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,