Skip to main content

Permotoran

Dani Pedrosa, legenda tanpa gelaran juara dunia MotoGP

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pedrosa-new.jpg
Nama Dani Pedrosa memang bukan asing dalam dunia MotoGP, bahkan bekas penunggang Repsol Honda itu sebenarnya antara yang amat dikagumi dan dihormati setiap kali berada di litar.

Tapi mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya Pedrosa merupakan antara pelumba yang mencatatkan rekod yang sedikit aneh apabila banyak kali meraih kemenangan tetapi belum pernah bergelar juara dunia sepanjang karier bagi kelas MotoGP.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu pernah melakarkan 31 kemenangan pada pusingan perlumbaan selain 112 podium dan memulakan perlumbaan di petak paling hadapan sebanyak 221 kali.

Walaupun statistik itu agak menakjubkan, namun malangnya beliau gagal mengumpulkan mata yang cukup untuk dinobatkan selaku jura dunia semusim.

Namun itu tidak menafikan kehebatanya ketika mengemudi jentera di atas litar perlumbaan.

Malah dia dianggap antara pelumba yanng memiliki kosistensi prestasi paling stabil dan tinggi sepanjang sejarah perlumbaan kelas MotoGP.

Ketika beliau masih berada pada kelas lebih bawah iaitu bagi kategori 125cc dan 250cc, kejayaanya pada era kemuncak beliau sememangnya sukar untuk digugat.

Walaupun tidaklah banyak, tetapi beliau merangkul tiga kejuaraan dunia bagi kedua-dua kelas tersebut sebelum melakukan debut pertamanya bagi kelas MotoGP pada tahun 2006.

Pedrosa muncul Juara Dunia 125cc pada tahun 2003 dan Juara Dunia 250cc pada tahun 2004 dan 2005.

Advertisement

Must Watch Video