Skip to main content

Sukan Lain

Dancesport Terbuka Malaysia: Bernice Iu, Cherry Yeo tepati ramalan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cherry-yeo.jpg
Jaguh dancesport solo negara, Bernice Iu dan Cherry Yeo, menepati ramalan apabila masing-masing mengharumkan nama negara selepas meraih pingat emas dan gangsa acara solo latin wanita dewasa Terbuka Malaysia WDSF di Shah Alam, sebentar tadi. 

Penat lelah latihan tidak henti mereka membuahkan hasil bagi membuktikan bahawa atlet sukan tari malaysia Sememangnya mampu memberikan tentangan sengit kepada pesaing antarabangsa.

Gembira bercampur sebak, Cherry seakan-akan tidak percaya impian menjadi juara di laman sendiri akhirnya tercapai.

Terimbas kembali pengorbanan yang terpaksa dilakukan serta cabaran untuk mengimbangkan pelajaran dan tarian sehingga membolehkan dia sampai ke tahap ini.

Lebih manis, kemenangan yang diraih mampu dikongsi bersama keluarga dan rakan yang setia hadir memberikan sokongan tanpa henti.

"Saya banyak memberikan tumpuan kepada pengajian saya di London, saya kurang menjalani latihan sebelum ini. Kembali ke Malaysia, saya berjaya mendapatkan semula rentak dan mahu mengharumkan Malaysia dalam kejohanan ini," kata Cherry.

 

 

Advertisement

Must Watch Video