Tarian mempersonakan pasangan tumpuan, Ooi Ken Vin dan Zoe Tan, menghadirkan berita buat kem Malaysia apabila gerakan penuh lincah dan lirikan cukup teliti pasangan itu di Shah Alam, pada hari ini, membutirkan pingat emas buat Malaysia menerusi Kejohanan Asia B-21 Ten Dance di pentas Dancesport Terbuka Malaysia.
"Kesilapan menuju penghujung tarian membuatkan saya agak hilang arah.
"Saya hilang sedikit keyakinan tetapi saya dapat meneruskan tarian selepas dimotivasikan oleh pasangan saya," katanya di Nadi Weekend.
Gelaran juara yang diraih Kenvin dan Zoe Tan itu membuktikan mereka cemerlang memikul tanggungjawab dalam merealisasikan sasaran pingat emas/
Saingan sengit beberapa pencabar lain termasuk daripada Uzbekistan dan China diketepikan dengan mudah bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan kuasa besar sukan tarian.
Biarpun mengkui masih terdapat ruang penambahbaikan yang perlu diambil kira, kejayaan itu menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk terus memacu kecemerlangan menuju aksi kompetitif lebih tinggi.
Selain itu, duo dancesport negara itu turut dinobatkan sebagai johan acara MYDF grade A latin dewasa.
"Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang banyak memberi bimbingan kami menjadi bertambah bagus," kata Zoe Tan pula.