Skip to main content

Sukan Lain

Dancesport Terbuka London: Cherry sasar kilauan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cherry.jpg
Atlet dancesport kebangsaan, Cherry Yeo, ingin menoktahkan corak persembahannya dengan kilauan pingat emas dalam Kejohanan Terbuka London pada 27 September depan.

Cherry, yang akan beraksi dalam kategori WDSF individu dewasa wanita latin 19 tahun ke atas, berkata pergerakannya kini semakin tajam dan mampu menarik perhatian juri dengan tekniknya yang teratur.

Selepas itu, dia meletakkan sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa kategori sama dalam Terbuka Sarajevo di Bosnia Herzegovina dari 28 hingga 30 November depan.

Menjelang Terbuka Malaysia bermula 25 Julai ini, Cherry sedar tanggungjawab berat untuk meraih pingat bukan suatu halangan memandangkan latihannya berada di tahap terbaik.

"Saya rasa ia sudah pasti melibatkan konsistensi, berlatih menguatkan pergelangan kaki saya untuk kekal lebih seimbang selain untuk menjaga stamina juga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Kerana dancesport merupakan sukan dengan ketahanan yang amat besar dan akan berlarutan dari pusingan ke pusingan.

"Jadi, kami perlu mampu memberikan persembahan sebaik mungkin dalam setiap pusingan, maka perlu memperkuatkan stamina kami."


 

Advertisement

Must Watch Video