SUKAN LAIN
DanceSport Terbuka London: Atlet negara bawa pulang dua emas
Pasukan DanceSport Malaysia sekali lagi mencipta sensasi selepas beraksi cemerlang di saingan Terbuka London 2024, semalam.
Atlet negara yang dibarisi Persatuan Kuala Lumpur Dancesport (KLDSA) itu membawa pulang dua pingat emas sekali gus memacu peningkatan ranking Malaysia dalam acara yang disertai 25 negara itu.
Penyumbang pingat emas adalah Madeleine Lau Yu Xuan menerusi acara solo latin wanita sekali gus meningkatkan ranking dia dalam kategori solo latin remaja wanita untuk berada di kedudukan keempat terbaik dunia dengan 1832 mata.
Iklan
Manakala, satu lagi emas disumbangkan Cherry Yeo Xiao Wei menerusi acara solo latin wanita untuk membawa dia ke kedudukan kedua terbaik dunia dengan 870 mata.
Sebelum ini, wakil negara turut membawa pulang dua emas di Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, Jun lalu.
Must-Watch Video