Pasangan sukan tari negara, Vincent Lee-Hazel Tan, mahu mencipta sensasi dengan mencuri slot podium di Breman, Jerman, hujung minggu ini.
Walaupun bakal membuat kemunculan pertama dalam Kejohanan Dunia B-21, Vincent dan Hazel, tidak rela terlepas peluang untuk membuktikan bahawa kategori berpasangan juga mampu meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
"Saya mahu berikan yang terbaik dan cabar diri sendiri.
"Saya tidak perlu melihat keputusannya, hanya fokus apa yang perlu dilakukan.
"Walaupun pencabar lebih pengalaman tetapi rentak kami lebih pantas," kata Vincet di Nadi Arena hari ini.
Bagaimanapun, pasangan ini berdepan rintang memandangkan Vincent yang menetap di Pulau Pinang hanya mampu menjalani latihan bersama Hazel pada hujung minggu sahaja.
"Saya agak gemuruh kerana bimbang tidak dapat melakukan yang terbaik tetapi dalam masa sama teruja.
"Saya harap tidak keletihan di penghujung saingan," tambah Hazel.
Sementara itu, Ooi Ken Vin-Zoe Tan juga antara yang dijangka menyerlah dalam kategori yang sama.