Skip to main content

Sukan Lain

Dance Sport: Peralihan acara bawa Bernice Iu ke Kejohanan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bernice-iu.jpg
Atlet sukan tarian negara, Bernice Iu, sedar cabaran yang menanti dalam Kejohanan Dunia di Bremen, hujung minggu ini bukan sekecil anak.

Apatah lagi persaingan melibatkan rakan senegara sendiri, Cherry Yeo, yang merupakan juara dunia di Belgrade, tahun lalu.

Dua wakil negara itu bakal berentap dalam acara dan kategori yang sama. Ketika Cherry menjalani persediaan di London, Bernice pula mendapat pendedahan dari jurulatih dari China dan Korea Selatan sebagai persediaan intensif sebelum berlepas ke Jerman pada Rabu lalu. 

"Ini merupakan penyertaan sulung saya dalam Kejohanan Dunia jadi matlamat saya adalah kedudukan enam terbaik.

"Saya harap dapat melakukan yang terbaik bukan untuk saya semata-mata, malah untuk Malaysia. 





"Kami hanya fokus kepada tahap kemampuan diri selain melakukan yang terbaik," katanya. 

Selepas tujuh tahun mengabdikan diri untuk acara berpasangan, pencapaian sebagai naib juara dalam Piala Caucasus bagi acara solo latin wanta di Georgia pada April lalu itu telah membuka mata Bernice.

Dia hanya melalui persediaan selama dua bulan sebelum ke Georgia untuk acara bidan terjun itu, sebaliknya membuatkannya lebih teruja dengan kedudukan podium.

"Dua minggu awal, memang susah sebab saya perlu melakukannya sendiri. 

"Saya bagaikan seseorang yang tidak pernah menari. Saya perlu bermula dari bawah," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video