CUB PRIX

Cub Prix: Azroy Hakeem, Adib Arsyad, Izam Ikmal dominasi catatan mata terpantas

Saufi Tahir 09/08/2024 | 11:48 MYT
Pelumba kategori CP150, Azroy Hakeem Anuar, daripada pasukan Honda Estremo Yuzy Racing Team menyifatkan kejayaan mencatat masa terpantas 48.865 saat dalam sesi kelayakan kategori CP150 di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.
Ini juga turut bertitik tolak daripada momentum cemerlang ketika meraih podium dalam pusingan keempat saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, pada 26 hingga 28 Julai lalu.
"Semestinya setiap kali kita naik podium maka semangat kita akan semakin bertambah jadi bagi saya salah satu untuk teruskan motivasi saya adalah dengan menaiki podium dalam setiap perlumbaan," Kata Azroy Hakeem Anuar.
Sementara itu, kategori Wira KBS pula didominasi oleh Adib Arsyad daripada pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan berjaya mengenepikan kecederaan yang dialami pada tangannya dengan mencatat masa terpantas 51.685 saat.
"Saya bersyukur kerana dapatkan habiskan sesi kelayakan dan kecederaan saya ini buat masa ini tidak menganggu, tetapi saya perlu ubah gaya perlumbaan saya di bahagian kiri kerana menganggu ketika saya ingin membuang gear," Tambah Adib Arsyad Mohd Hisam.
Manakala, kategori CP125 pula menyaksikan rezeki anak sulung memihak kepada Izam Ikmal daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing Team dengan mencatat masa terpantas 50.623 saat bagi meletakkan dirinya bersaing dalam saingan Super Pole untuk menentukan petak hadapan dalam perlumbaan sebenar pada Sabtu ini.
"Semua adalah ebrkat doa isteri saya, ini adalah rezeki anak saya juga. Saya bernazar untuk membotakkan kepala dengan niat bernazar. Saya harap dapat kekalkan momentum untuk meraih tempat pertama lagi esok." Katanya kepada Nadi Arena.
;