Pelumba CP125, Md Syamil Amsyar, yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha berasakan kerja keras untuk mencari penyelarasan jentera yang bermula daripada pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024 akhirnya membuahkan hasil.
Dia hanya perlu menjuarai kejuaraan pusingan kesembilan di Bandar Medini Iskandar, Johor untuk dinobatkan sebagai juara secara keseluruhan dengan kini dia telah mengumpul 134 mata.
"Saya agak bergelut pada awalnya tetapi gembira kerana daripada pusingan pertama mencari penyelarasan jentera dan sehingga pusingan kelapan baru temui.
"Cabaran bermula daripada pusingan ketiga memandangkan jarak mata dengan pencabar terdekat semakin hampir tetapi kami sudah mula bersaing ketika itu tetapi bermula pusingan ketujuh semakin baik.
"Saya sudah bersedia awal untuk pusingan kali ini dan jadi juara keseluruhan. Litar Medini agak baik bagi saya jadi saya akan buktikan di situ nanti.
"Halangan saya, jentera semestinya. Ia sangat penting kerana pada pusingan empat saya ada masalah dengan jentera," katanya.
Dalam pada itu, Pelumba CP150, Md Akid Aziz, menjelaskan aspek penyelarasan jentera merupakan sangat penting buat pelumba bagi beraksi serta mendapatkan keyakinan semasa berlumba di Litar Medini nanti.
"Kita ada pergelutan tersendiri kerana bukan dalam setiap pusingan jentera berada dalam keadaan yang baik. Jadi mahu mengatasi semasa perlumbaan yang penting.
Ketika ditanyakan mengenai pergelutan semasa pusingan ketiga hingga dia tidak berjaya muncul juara dia menjelaskan: " Penyelarasan jentera dalam pusingan ketiga tidak sempurna.
"Saya hampir podium tetapi tidak dapat. Saya juga tidak minat perlumbaan di litar yang besar kerana untuk aspek penyelarasan agak sukar.
"Halangan ada banyak dari segi jentera kerana kami tidak tahu jentera mampu bertahan hingga perlumbaan mahupun akan punyai masalah ketika perlumbaan.
"Kedua pula penyeralarasan jentera serta berisiko untuk jentera, perlu dapat keyakinan agar ketika berlumba kami benar-benar bersedia." tambahnya.
Saufi Tahir
Wed Nov 06 2024