Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Strategi menjadi kunci Afif Amran dominasi pusingan kelayakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ckj.jpg
Aksi penuh menyengat ditampilkan oleh pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ, Ahmad Afif Amran, apabila berjaya mendominasi pusingan kelayakan pertama CP150 dengan catatan masa 1 minit 17.169 saat.

"Untuk kelayakan tadi, memang strategi saya menjadi. Litar Sepang ini bergantung kepada strategi dan situasi sekaligus memberikan saya kelajuan untuk mencatat masa yang lebih baik," kata Ahmad Afif Amran.

Bagaimanapun, pendahulu keseluruhan perlumbaan, Muhd Akid Aziz, membuktikan bahawa dia lebih berbisa dengan mengungguli pusingan kelayakan kedua CP150 dengan catatan masa 1 minit 16.936 saat. 


 

Kejayaan itu menyaksikan Akid bersama Afif akan mengetuai cabaran merebut 10 petak hadapan dalam cabaran Super Pole pada esok hari.

"Kita tiada strategi, pada saat akhir bagi saya sangat risiko dan bukan sesuatu yang kita boleh laju sahaja. 

"Jadi kita berpandukan pada keadaan semasa, kita perlu bersyukur kerana berada di kelompok terbaik. Saya tidak sangkat dapat catatan baik pada lap terakhir." kata Muhd Akid Aziz kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video