Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Shahrol Syazras enggan terkesan dengan status bapanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cub-prix.jpg
Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Shahrol Syazras, berasakan usha kerasnya dalam sesi latihan menjadi aspek utama yang membantu dirinya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan kategori CP150 pada Hari Kemerdekaan, Sabtu lalu.

Begitupun, walaupun sering dikaitkan dengan status bapanya yang merupakan legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy, dia tidak mahu terlalu memikirkan dan lebih fokus pada kariernya.

"Dalam perlumbaan minggu itu saya daripada latihan saya tambah baik aksi saya dan itu adalah perkara yang baru saya capai dibantu dengan pasukan saya yang kerja keras. Setiap hari lihat mereka buat jentera saya.






"Saya bawa semangat medeka, kerana dahulu mereka berjuang untuk negara, saya berjuang di dalam litar.

"Semestinya saya mahu dapatkan keputusan terbaik tetapi rasa tekanan itu pasti ada, tapi saya cuba ketepikan perasaan iut. kerana ayah saya dan saya berbeza. Ini karier saya, jadi saya kean fokus pada kareir." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video