CUB PRIX
Cub Prix: Shahrol Syazras akui sudah 'demam rindu' kembali berlumba di litar
Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing CP150, Shahrol Syazras, mengakui dia 'demam rindu' dan tidak sabar untuk beraksi menjelang perlumbaan pusingan pertama Cub Prix yang dijadualkan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 20 April ini.
Keterujaan Shahrol itu susulan trek itu memiliki nilai sentimental besar kepadanya yang acap kali tampil dengan tunggangan bertenaga di sepang selain pernah melakar podium edisi lalu.
shahrol juga berjanji akan bangkit pada saingan tahun ini selepas melakukan post mortem terhadap kesilapan dan taktikalnya dalam perlumbaan musim lalu.
Iklan
"Persediaan sekarang saya sudah tidak sabar, setiap malam saya demam rindu nak berlumba. Sekarang banyak buat latihan kecergasan kerana pusingan satu di Litar Sepang jadi berat badan adalah kunci untuk menang.
"Sekarang pula bulan puasa, lagi senang saya diet. Fokus Utama seperti biasa iaitu untuk jadi juara," katanya.
Mengulas keadaan trek baharu yang akan dihadapi pada pusingan ketiga di LYL International Karting Circuit, Mnkeys Canopy, dia menyifatkan trek itu turut sesuai dengan corak pacuannya selain lebih terbuka kepada semua pelumba untuk menyerlah.
"Tahun ini ada litar baru di Sungai Long, litar itu sangat cantik dan saya suka litar itu." tambahnya.
Saksikan pusingan pertama Petronas MAM Malaysian Cub Prix dengan perkembangan terkini semestinya dibawakan kepada anda menerusi Astro Arena.
Must-Watch Video