Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Shafiq Rasol , Afif Amran sahkan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shafiq-rasol.jpg
Shafiq Rasol terus mempamerkan tunggangan bertenaga musim ini untuk diangkat selaku juara keseluruhan kategori CP125 tatkala Kejuaraan Cub Prix berbaki sepusingan lagi. 

Dalam perlumbaan pusingan ke-9 di Litar Sepang Selatan hari ini, pelumba ONEXOX TKKR Racing itu menamatkan perlumbaan di tangga kedua di belakang, Idil Fitri Mahadi, yang mencatat masa 11:8.977s sementara Haziq Hamdan melengkapkan podium.

Dia memanjat podium utama sebanyak tiga kali selain tiga kali menjadi naib juara musim ini, sekali gus mengumpul 159 mata bagi meninggalkan pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Hafiza Rofa.




Sementara itu, selepas meraih gelaran naib juara kelas CP150 tahun lalu, pelumba pasukan CKJ Racing, Ahmad Afif Amran, akhirnya menggenggam gelaran juara keseluruhan apabila mengumpul 157 mata dan kedudukannya tidak lagi mampu dipintas pencabar merangkap penyandang juara, Azroy Hakeem Anuar, biarpun mengakhiri perlumbaan di tangga keenam. 

Azroy Hakeem perlu berwaspada agar tidak dipintas Nazirul Izzat yang terus menghambat kedudukan apabil ahanya dibezakan dua mata sahaja menjelang pusingan terakhir di Batu Kawan, awal bulan depan. 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video