Cub Prix: Sebagai Orang Asli, saya mahu berterima kasih -- Azrul Affendi

Najmi Iman
September 27, 2024 19:49 MYT
Menuju pusingan kelapan Petronas MAM Malaysian Cub Prix, pelumba kategori Pro Am, Azrul Affendi Hadi, berkongsi kisah bagaimana dia menceburi bidang permotoran khusunya dalam kejuaaran berprestij itu.
"Ayah memberi nasihat kepada saya sekiranya ingi berlumba di trek, dia akan membantu seterusnya menurunkan ilmu kepada saya," katanya.
Azrul yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Tadom meluahkan terima kasih kepada Cub Prix kerana membenarkannya berlumba selain memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba meskipun perlu mengeluarkan modal yang tinggi.
"Sasaran saya ialah mahu menghabiskan perlumbaan sahaja, namun sekiranya terdapat rezeki untuk memenangi pusingan ini, saya mahu melakukannya," tambahnya.
#Permotoran #Cub Prix #Petronas MAM Malaysian Cub Prix #Azrul Affendi Hadi
;