Cub Prix: Md Akid Aziz ungguli CP150, Md Syamil Amsyar lakar hatrik
Saufi Tahir
September 1, 2024 17:57 MYT
September 1, 2024 17:57 MYT
Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz, mengesahkan kemenangan dalam pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, hari ini.
Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 14.33.374 saat sekali gus memastikan pesaing utama turut daripada pasukan sama, Ahmad Afif Amran, di tempat kedua dengan catatan masa 14.37.813 saat.
"Minggu ini kami mengalami beberapa kesukaran sejak hari Sabtu. Walaupun hari ini tidak seteruk sebelumnya, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki supaya saya dapat menunggang dengan lebih yakin.
"Alhamdulillah, saya tidak menyangka akan meraih tempat pertama, kerana pada permulaan perlumbaan saya menghadapi cabaran besar untuk memimpin. Di pertengahan dan akhir pusingan, motor saya mengalami masalah dan terdapat risiko terjatuh," kata Md Akid Aziz.
Sementara itu, dalam acara CP125 pula dimenangi pelumba Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Syamil Amsyar Md Iffende yang melengkapkan kemenangan hatrik dalam pusingan ketujuh dengan catatan masa 11'37:618 saat.
"Perlumbaan tadi sangat sengit. Saya cuba untuk menjauhkan diri daripada pelumba lain, tetapi ia sangat mencabar. Saya perhatikan Izam berada di belakang, jadi saya memilih untuk mengikuti pace beliau.
"Pada lap terakhir, saya cuba meningkatkan kelajuan dan nasib baik, dalam selekoh kedua dan terakhir, saya berjaya menutup ruang supaya pelumba lain tidak dapat memintas saya," kata Md Syamil Amsyar.
Dalam pada itu, pelumba Honda KC Racing, Md Akif Abdullah, memenangi perlumbaan dalam kategori Wira KBS selepas melepas garisan penamat pada 9.23.423 saat.
Akif Abdullah mengulangi pencapaian menjuarai podium pertama Kategori Wira KBS pada pusingan ke-2 di Litar Lumba Tangkak pada pusingan ke-7. Litar sama, tetap no. 1 ... Padu!!! @ASTROARENA pic.twitter.com/jMLZhl2WAd
— Faizal Bazari (@faizalbazario) September 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam perlumbaan tadi, saya memutuskan untuk mengikuti 'racing line' yang lebih selamat. Walaupun motor saya mula menghadapi sedikit masalah, saya berusaha untuk mengekalkan posisi saya." kata Md Syamil Amsyar.