CUB PRIX
Cub Prix: Litar Sepang, Tangkak fokus utama Shahrol Syazras
Menjelang saingan Kejuaraan Petronas MAM Malaysia Cup Prix 2025 yang akan membuka tirainya pada 19 April ini, Shahrol Syazras, menyifatkan Litar Sepang dan Tangkak menjadi fokus utamanya demi mencabar kedudukan tiga terbaik di akhir musim ini.
Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing itu sebelum ini berada di kedudukan kelima keseluruhan kini berharap ada tuah buat dirinya pada musim ini ketika berlumba di dua litar kegemarannya itu.
Dalam pada itu, bakal ada empat perlumbaan yang akan berlangsung di dua litar berkenaan iaitu Litar Antarabangsa Sepang di pusingan pertama pada 19 April ini dan di pusingan keenam pada Ogos. Manakala di Litar Lumba Tangkak pula pada pusingan kedua pada Mei dan pusingan ketujuh pada September.
Iklan
"Banyak detik dan pengalaman baik berlumba di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Lumba Tangkak, namun saya tidak wajar hanya fokus kepada 2 litar tersebut sahaja"
"Pasukan mempunyai pelumba hebat seperti Azroy yang banyak membantu saya bersedia untuk saingan Cub Prix dan harap semua persiapan akan berjalan dengan lancar." katanya.
Must-Watch Video