Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin, bertekad mahu memperbaiki mata keseluruhan menjelang pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol, Sabtu ini.

Selepas tujuh pusingan, pelumba kelahiran Johor itu mengumpul 88 mata dan berada di tempat keempat dibelakang pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar.



Tumpuan terarah kepadanya apabila ingin memasang impian mendaki taktha podium meskipun mengakui Akid Aziz, Ahmad Afif Amran dan Azroy Hakeem sebagai pesaing utama yang merebut gelaran tersebut.