CUB PRIX
Cub Prix: Kasma Daniel dalam 'mod' balas dendam di Sepang
Pelumba sensasi Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin, sudah bersiap sedia dalam misi membalas dendam setelah tewas kepada Md Akid Aziz pada beberapa selekoh terakhir pada pusingan kedua Petronas MAM Malaysian Cub Prix di Litar Lumba Tangkak.
Kasma bagaimanapun akui dirinya enggan untuk memandang rendah atas keupayaan pelumba lain kerana sedar Litar Antarabangsa Sepang Utara merupakan antara lokasi yang sukar dan diakui oleh pelumba berpengalaman.
"Litar Sepang bagi saya agak sukar untuk saya menang tapi saya akan cuba terbaik untuk mendapatkan podium." kata Kasma.
Manakala, Irfan Haykhal Amidi dalam kategori CP 125 yang merupakan juara bertahan bagi pusingan pertama dan kedua kejohanan itu menganggap saingan kali ini bersifat terbuka.
"Tahun ini adalah tahun terbaik saya kerana berjaya memenangi dua perlumbaan dan di Sepang saya kan buat sehabis baik untuk kekalkan tempat pertama saya." kata Irfan
Akif Abdullah, juara bertahan kategori Wira KBS pula dilihat dapat prestasi terbaik mengukuhkan cengkaman pasukan Honda KC Racing yang berjaya membolot kejuaraan berganda pada pusingan pertama dan kedua sebelum ini.
"Sepang ni sesiapa sahaja boleh menang sebab litarnya yang besar, tapi saya akan kekal berada di kelompok hadapan dan kalau ada rezeki InshaAllah saya akan menang." jelas Akif.