Cub Prix: Harith Rosmaza, Aqid Jumali anggap kehadiran pelumba muda mampu beri cabaran
Saufi Tahir
Ogos 7, 2024 20:57 MYT
Ogos 7, 2024 20:57 MYT
Pelumba Kategori Pro-Am, Harith Rosmaza, berasakan saingan Pro-Am lebih mencabar memandangkan terdapat ramai pelumba yang mengambil bahagian dalam satu perlumbaan.
Begitupun, untuk bersaing dia mengambil inisiatif untuk membuat latihan di luar secara persendirian bagi menguatkan mental dan fizikal kerana wujudnya peperangan psikologi semasa perlumbaan di dalam litar.
"Saingan terlalu ramai, satu perlumbaan boleh ada 44 pelumba jadi kami perlu kekalkan momentum juga kerana agak kompetitif.
"Saya bersaing dengan pelumba berumur seperti Aqid saya sentiasa buat latihan di luar dari segi mental dan fizikal, ada psikologi juga. Jadi ada bebanan.
"Paling mencabar adalah di Teluk Intan kerana motor saya tidak menjadi. Saya cuba konsisten, tapi saya tetap berpuas walaupun bermula di Petak 19 tapi dapat berakhir di P7.
Dalam pada itu, Aqid Jumali, yang telah beraksi sejak tahun 2010 beranggapan bahawa kehadiran pelumba muda banyak memberikan saingan memandangkan terdapat juga pelumba berpengalaman berusia 45 tahun yang akan bersaing bersamanya di atas litar.
"Pelumba baru banyak beri saingan dari usia 19 dan 20 tahun. Pelumba yang tidak boleh beraksi akan masuk ke kategori Pro-Am ini juga. Ada pelumba berusia 45 tahun juga.
"Dia banyak pengalaman, saya dari 2010 dalam kategori Pro-Am. Jadi, pengalaman saya untuk bersaing dengan mereka agak mencabar kerana mereka juga mahir." Katanya kepada Nadi Arena.
Kedua-dua pelumba itu bakal berentap dalam Pusingan 6 di Litar Permotoran Terengganu pada 9 hingga 10 Ogos ini.