Pelumba CP150, Shahrol Syazras, daripada pasukan Honda Estremo Yuzy Racing menggunakan azimat sempena Hari Kemerdekaan untuk meningkatkan semangatnya di dalam litar untuk mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan kategori CP150 dengan catatan masa 43.097 saat.
"Saya sebagai rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian mereka sebelum ini, jadi saya bawa semangat patriotik mereka dalam perlumbaan hari ini.
Saya akan cuba raih podium esok, tetapi perlumbaan sangat sengit, saya akan fokus dan beri aksi terbaik." kata Shahrol Syazras kepada Nadi Arena.
Dalam pada itu, kategori Wira KBS pula menyaksikan Md Akif Abdullah kembali mempamerkan taringnya apabila berjaya menemui 'setting' terbaik apabila mencatat masa 45.710 saat sekaligus kembali membuktikan kredibilitinya bersama pasukan Honda KC Racing.
"Keyakinan ada kerana litar ini kami biasa buat tetapan motor, jadi saya ambik perkara itu untuk tambah keyakinan. Tak mudah bagi saya bersaing tetapi saya akan cuba buat yang terbaik esok." tambah Md Akif Abdullah.
kKategori CP125 pula menyaksikan Md Syamil Amsyar menyifatkan dirinya memiliki aura tersendiri untuk meraih podium di tempat pertama dalam perlumbaan sebenar esok setelah mencatat masa terpantas 45.272 saat hari ini di Litar Tangkak.
"Terima kasih kepada pasukan, mereka buat tetapan jentera saya dengan cukup baik. Saya ada perasaan raih podium esok, saya akan lakukan yang terbaik." kata Md Syamil Amsyar.
Saufi Tahir
Sat Aug 31 2024