CUB PRIX
Cub Prix: Farres atasi perubahan cuaca
Saingan kategori Wira KBS menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, Farres Putra Md Fadhil, berjaya mengatasi cabaran perubahan cuaca apabila mencatat masa terpantas di sesi kelayakan Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.
Pada sesi latihan 2 Farres dengan catatan masa terpantas 1'27:064s menduduki tempat ke-10, manakala Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING menduduki tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1'25:450s diikuti pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING pada 1'26:180s dan Md Syahmi Aiman Md Shafie dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING pada 1'26:206s di tempat ketiga.
Kemudian pada sesi kelayakan menyaksikan perubahan cuaca kepada hujan, Farres berjaya mengharungi cabaran litar basah dengan mencatat 1'27:558s untuk berada di kedudukan pertama dan meletakkan Md Iman Fahmi Senin dari WINBOX KM+ AXLA di tempat kedua pada 1'27:908s, seterusnya Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING menduduki tempat ketiga pada 1'26:310s.
"Pada sesi kelayakan tadi agak mencabar juga, sebelum memasuki ke litar saya nampak keadaan cuaca mula berubah, saya sudah agak akan hujan, saya cuba berusaha dari awal, tapi malangnya saya perlukan bantuan juga, apapun saya berterima kasih pada pasukan saya kerana menyediakan jentera yang sangat bagus membolehkan saya perolehi pole position pada kali ini."