Skip to main content

Permotoran

Cub Prix CP150: Kasma Daniel beri tekanan di sebalik masalah pendawaian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kasma-daniel.jpg
Tatkala tumpuan utama terarah kepada Md Akid Aziz, harus juga diingatkan bahawa Kasma Daniel Kasmayudi berjaya bangkit meskipun ketinggalan.

Kasma Daniel mempamerkan tunggangan hebat dalam perlumbaan kelayakan pertama CP150, Kejuaraan Petronas Cub Prix  di Litar Bestari Jasin, hari ini untuk mengakhiri saingan dalam kelompok tiga terbaik.

Biarpun berdepan masalah dengan jentera Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, dia enggan mengalah apabila terus fokus memburu catatan terpantas dan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 49.626 saat.

"Masalah teknikal pendawaian jentera menjejaskan prestasi saya ketika berada di dalam litar. Motosikal saya mati secara tiba-tiba. 




"Tidak dinafikan motosikal Akid berlainan dan agak laju. Lagipun dia lebih ringan daripada saya," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Sementara itu  pelumba Petronas Sprinta Yamaha- CKJ Racing, Akid bersedia menyahut cabaran Kasma Daniel bagi memburu kejuaraan pertama tahun ini.
 




Akid mempamerkan aksi luar biasa dengan menguasai kelompok hadapan dakan kedua-dua saingan peringkat kelayakan dengan mencatat masa terpantas 49.256 saat.
 
"Sasaran saya semestinya menjadi juara walaupun mencabar dan semoga hari esok saya dapat konsisten," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video