Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing meneruskan dominasi musim 2018 dengan satu lagi keputusan satu-dua melalui gandingan Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman dalam Pusingan 5, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hari ini.
Litar sepanjang 1.305km di Teluk Intan itu jelas begitu sesuai dengan gaya tunggangan Ahmad Afif yang mantap.
Bermula dari petak pertama setelah menguasai sesi SuperPole, Afif langsung tidak digugat oleh mana-mana pesaing sepanjang 20 pusingan perlumbaan untuk meraih kemenangan ketiga musim ini dengan catatan masa 17 minit 15.623 saat.
Rakan sepasukannya, Mohd Hafiz, menaiki podium di tempat kedua dengan masa 17:22.237s. diikuti pemenang tempat ketiga, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 17:24.225s.
Sementara pasukan CKJ meraikan kejayaan 1-2 yang kedua musim ini, pasukan yang digeruni ramai, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pula bergelut dengan pusingan paling mencabar musim ini.
Keputusan terbaik bagi pasukan itu diperoleh menerusi Mohd Ramdan Rosli yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam, di belakang Rozaiman Said dan Helmi Azman.
Kerosakan mekanikal menyebabkan Mohd Akid Aziz terpaksa menamatkan perlumbaan seawal pusingan pertama sementara Kasma Daniel Kasmayuddin juga terjatuh di selekoh pertama dalam pusingan permulaan.
"Jentera pasukan kami begitu mantap musim ini. Ia adalah hasil titik peluh dan usaha gigih kru kejuruteraan pasukan kami. Di sini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih," kata Afif.
"Saya begitu yakin dengan jentera yang telah kami hasilkan bersama dan ketika dalam perlumbaan, saya hanya menumpukan sepenuh perhatian untuk mengekalkan rentak perlumbaan tanpa menghiraukan apa yang berlaku di belakang."
Afif, yang telah menaiki podium sebanyak lima kali berturut-turut musim ini, mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dengan 115 mata. Mohd Hafiz naik ke tangga kedua dengan 74 mata, sekali gus menolak Kasma Daniel turun ke tangga ketiga dengan 70 mata.
Sementara itu, Tengku Amirul Hafiruddin kembali gah ke podium teratas kategori CP115 apabila mencatat kemenangan dengan catatan masa 13:50.314s, 3.721 saat di hadapan pesaing-pesaing di kelompok kedua.
Ahmad Syukran Aizat pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 13:54.035s, diikuti Mohd Fareez Afeez ketiga dengan 13:55.254s.
Kemenangan terbaru ini memberikan kelebihan 40 mata kepada Tengku Amirul. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas kategori CP115 dengan 113 mata. Mohd Fareez Afeez naik ke tangga kedua dengan 73 mata manakala Mohd Haziq Mohd Fairues jatuh ke tangga ketiga dengan 71 mata.
Dalam kategori Wira KBS pula, Mohd Syarifuddin Azman meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini. Syarifuddin yang memulakan perlumbaan dari garisan pertama, berjaya merampas holeshot dari pelumba di petak pertama, iaitu Mohd Danial Syahmi dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing.
Syarifuddin, yang mewakili pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, membuktikan bahawa dia mampu menangani tentangan hebat Danial Syahmi. Syarifuddin berjaya mengawal rentak perlumbaan 12 pusingan sehingga ke garisan penamat dengan masa 11:15.080s.
Danial Syahmi terpaksa akur di tempat kedua dengan catatan masa 11:15.683s manakala tempat ketiga disambar Mohd Alif Ashraf Tahiruddin dengan 11:15.700s
Namun, Danial Syahmi yang telah mempamerkan prestasi yang cukup konsisten musim ini, mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kategori Wira KBS dengan 97 mata. Mohd Alif Ashraff Tahiruddin di tangga kedua dengan 72 mata dan Mohd Fadlyshah Redzuan pula ketiga dengan 60 mata.
Musim 2018 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS akan bersambung dengan Pusingan 6 di Kangar, Perlis pada 22 dan 23 September ini.