CUB PRIX
Cub Prix: Azroy Hakeem sedia gegar Terengganu, Shahrol Syazras mahu kutip penggalaman
Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar, berasa teruja selepas berjaya menaiki podium tetapi terkilan kerana tidak menjadi juara dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang Selatan, semalam.
Dia juga terus meletakkan sasaran untuk berada di podium dalam baki lima pusingan lagi, malah juga mahukan pasukannya termasuk Shahrol Syazras untuk mengutip mata buat pasukan dalam setiap perlumbaan.
"Saya gembira berada di podium kerana sudah tida perlumbaan tidak naik podium. Walaupun nombor dua, saya tetap tidak berpuas hati mengapa tidak jadi juara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami tiada perancangan apa apa sebelum perlumbaan, tetapi di litar kita tahu siapa ada kekurangan dan kelebihan.
"Peribadi saya ingin kejar mata nombor satu walaupun mustahil tetapi ada lima pusingan lagi, untuk pasukan kita mahu konsisten dan ambil mata lebih banyak. Target saya, saya mahu podium dalam setiap perlumbaan," kata Azroy Hakeem Anuar.
Dalam pada itu, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy, pula komited untuk belajar lebih banyak memandangkan masih mempunyai baki lima perlumbaan lagi dengan perlumbaan seterusnya akan bertempat di Litar Permotoran, Terengganu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Untuk pusingan seterusnya saya ingin mengambil penggalaman dan belajar lagi. Banyak pelumba yang berpenggalaman." kata Shahrol Syazras.